Jangan Buat Kesilapan Sama Macam Business Owner yang Lain
Kebanyakan business owner yang baru nak mula akan cuba cari designer yang paling murah untuk save bajet. Keputusan ni tak salah bila bisnes baru nak mula menapak.
Masalah akan mula muncul bila bisnes dah mula berkembang dan sangkut nak expand. Dalam fasa macam ni, business owner selalu terlupa yang identiti bisnes main peranan yang besar untuk dapat pelanggan setia.
UNTUK DAPAT PELANGGAN SETIA, IDENTITI BRAND ANDA KENA KUKUH DAN UNIK!
Identity Brand Anda Tak Original & Stand Out
Semua orang nak jadi unik dan original. Tak ada siapa pun nak jadi macam bisnes yang tiru rupa orang lain. Sakit lain macam bila orang cakap produk anda ni rupa macam orang lain punya.
Untuk elak masalah rupa bisnes sama dengan orang lain, bisnes anda kena ada Brand Identity yang unik. Bila dah original, baru senang nak stand out dan orang akan terus kenal brand anda.
Siapa saya?
Nama saya Faiz, Designer Professional yang pakar dalam Brand Visual Identity
Saya berpengalaman membantu bisnes menjadi unik dan mudah diingati!
Pengalaman saya sebagai menjadi graphic designer sejak 2016. Saya pernah bekerja sebagai graphic designer untuk agensi, syarikat, dan freelance. Saya aktif secara professional sejak 2019 dan sekarang saya nak tolong brand anda untuk dapat identiti yang tersendiri.
Brand Identity Ni Apa?
Elemen visual yang menjadi symbol dan rupa brand anda supaya customer boleh kenal, ingat, dan sayang brand anda berbanding dengan competitor.
Siapa Yang Kena Ada?
Semua bisnes perlukan brand identity mereka yang tersendiri. Kalau tak ada brand identity, macam mana bisnes anda nak membezakan diri dari bisnes yang lain?
Macam mana bisnes anda nak terpahat dalam minda customer kalau rupa sama macam orang lain?
Tak Pening Kepala
Dengan pengalaman yang saya ada, anda tak payah pening kepala untuk fikir macam mana nak untuk dapat brand identity yang unik dan mudah diingati.
Jimat Masa
Sebagai business owner, masa anda patut digunakan untuk mengembangkan company. Jangan buang masa dengan hire designer fresh dan kena ulang banyak kali untuk hasil yang tak seberapa.
Flexible
Masa untuk siapkan projek bergantung kepada timeline anda. Sebagai bisnes yang kecil, saya amat flexible untuk adjust schedule supaya sesuai dengan timeline production anda.

Azfar (WowFlakes)

Syaza Nazura (syazanazura.com)

Syed Yasin (ketuk.my)