10 Logo Paling Mahal di Dunia: Berapa Kosnya?
Apakah Kos Sebuah Logo?
Berapa harga logo paling mahal di dunia? Tidak ramai yang sedar design logo boleh menelan kos berjuta-juta ringgit. Sesetengah orang kita mungkin tahu dan faham kenapa harga produk berjenama seperti kasut Nike atau seluar jeans Levi’s boleh jadi sangat mahal, tapi hanya sedikit sahaja yang memahami proses di balik kerja dalam mencipta logo yang memberi impak besar kepada perniagaan.
Sebuah logo bukan sekadar imej; ia adalah alat marketing yang sangat dahsyat. Contohnya, huruf “M” emas McDonald’s dikenali di seluruh dunia dan menarik pelanggan ke mana sahaja ia berada.
Tetapi tahukah anda bahawa ada syarikat yang sanggup membayar hingga berbilion dolar hanya untuk logo mereka? Berikut adalah senarai 10 logo paling mahal di dunia, disusun daripada yang paling “murah” hingga ke yang paling mahal.
10. City of Belfast – $280,000

Logo di tempat ke 10 untuk senarai logo paling mahal di dunia ini bukanlah sebuah syarikat, sesetengah bandar juga mempunyai logo sendiri. Belfast, ibu negara Ireland Utara, membelanjakan $280,000 untuk logo berbentuk hati bagi menyampaikan mesej keterangkuman dan keramahan.
Bagaimanapun, logo ini tidak kekal lama kerana mendapat kritikan ramai. Pada tahun 2017, Belfast memperkenalkan logo baharu berbentuk bintang yang mencerminkan susun atur bandar tersebut.
9. London 2012 Olympics – $625,000

Sukan Olimpik 2012 menduduki tempat ke 9 untuk senarai logo paling mahal di dunia. Sukan Olimpik adalah acara global, jadi tidak hairanlah bahawa logo rasmi memerlukan pelaburan besar. Logo London 2012 mendapat kritikan kerana reka bentuknya yang kompleks tetapi tetap mudah dikenali. Rekaannya menunjukkan angka “2012” dalam bentuk geometri, dengan perkataan “London” dan cincin Olimpik di dalamnya.
Logo ini direka oleh Wolff Olins, firma design yang hebat yang juga telah mencipta logo untuk TikTok, Tesco, dan Uber.
8. Pepsi Logo Redesign – $1,000,000

Sebagai pesaing utama Coca-Cola, Pepsi sentiasa menyesuaikan identiti visual mereka. Logo asal Pepsi berwarna merah sepenuhnya, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, warna biru ditambah sebagai penghormatan kepada patriotisme Amerika.
Pada tahun 2008, Pepsi memperkenalkan logo baharu yang dikenali sebagai “Pepsi Globe”, dengan reka bentuk bulat dan garis putih melengkung. Walaupun kelihatan ringkas, kos pembangunannya mencecah $1 juta.
7. CitiBank Logo Design – $1,500,000

Dicipta oleh Paula Scher dari Pentagram pada tahun 1998, logo CitiBank mempunyai rekaan yang mudah – perkataan “Citi” dalam warna biru dengan lengkungan merah di atasnya.
Paula Scher juga merupakan designer di sebalik logo ikonik untuk Microsoft, Museum of Modern Art, dan Bloomberg. Walaupun ringkas, logo ini sangat berkesan untuk Citigroup yang mempunyai lebih 2,600 cawangan di 19 negara.
6. BBC Logo (Redesign) – $1,800,000

Logo BBC terkenal dengan tiga kotak hitam dengan huruf putih “BBC” di dalamnya. Sejak diperkenalkan pada tahun 1958, ia hanya mengalami sedikit perubahan kosmetik untuk memastikan ia kekal moden.
Walaupun ramai mengatakan logo yang dikemas kini ini tidak banyak berbeza dari yang asal, BBC tetap membelanjakan hampir $1.8 juta untuk menyesuaikannya dengan era digital.
5. ANZ (Australia & New Zealand Banking Group) – $15,000,000

ANZ adalah hasil gabungan dua bank Australia dan New Zealand, yang membawa kepada rebranding besar-besaran.
Logo mereka menampilkan tiga bentuk yang menyerupai bunga teratai, yang melambangkan Australia, New Zealand, dan Asia Pasifik. Reka bentuk ini dibuat oleh agensi terkenal, M&C Saatchi.
4. Posten Norge (Rebrand) – $55,000,000

Syarikat pos dari Norway mendapat tempat ke 4 untuk senarai logo paling mahal di dunia. Posten Norge, perkhidmatan pos rasmi Norway, melakukan penjenamaan semula pada tahun 2008 dengan reka bentuk logo baharu yang lebih moden.
Logo baharu ini menampilkan bentuk sfera kelabu dan merah dengan perkataan “posten” dalam huruf kecil. Kos keseluruhan rebranding mereka mencecah $55 juta.
3. Accenture Logo Design – $100,000,000

Accenture, syarikat perunding teknologi dan pengurusan global, melancarkan logo mereka pada tahun 2001. Logo ini menggunakan nama “accenture” dalam huruf kecil dengan tanda “lebih besar daripada” (>) di atas huruf “t”.
Mereka kemudian membuat sedikit perubahan pada tahun 2017 dengan menggunakan fon Rotis Sans Serif Extra Bold 75, menjadikan jumlah kos keseluruhan rebranding $100 juta.
2. British Petroleum (BP) – $210,000,000

BP mengubah logo mereka kepada reka bentuk berbentuk bunga matahari berwarna hijau dan kuning, dikenali sebagai Helios. Nama ini berasal daripada dewa matahari dalam mitologi Yunani dan melambangkan tenaga dan alam sekitar.
Walaupun logo ini bertujuan untuk menunjukkan komitmen BP terhadap tenaga lestari, ramai yang mengkritiknya sebagai “greenwashing” – strategi pemasaran untuk kelihatan mesra alam.
1. Symantec Brand & Acquisition – $1,280,000,000

Logo paling mahal di dunia dimiliki oleh Symantec, syarikat keselamatan siber yang terkenal.
Pada tahun 2010, Symantec membeli tanda semak VeriSign dan menggabungkannya ke dalam logo mereka. Tujuan utama adalah untuk menambah nilai kepada jenama mereka dengan simbol kepercayaan dan keselamatan.
Jumlah yang dibelanjakan untuk mendapatkan logo ini? $1.28 bilion!
Adakah Berbaloi Membayar Jutaan Dolar untuk Logo?
Persoalan sama ada logo bernilai ratusan juta dolar adalah subjektif. Namun, satu perkara yang jelas – logo yang kuat memainkan peranan penting dalam membentuk identiti jenama dan membina kepercayaan pelanggan.
Bagi syarikat global, logo bukan sekadar rekaan visual, tetapi aset jenama yang boleh memberi impak besar kepada keuntungan dan reputasi mereka.
Jadi, adakah anda rasa melabur dalam logo berbaloi? Atau cukup dengan logo yang lebih murah tetapi tetap berkesan? 😊
Kami di Faiz Razak Design sedia mencipta logo yang asli dan efektik untuk jenama anda. Hubungi kami untuk dapatkan logo jenama anda.